
Latar Belakang Projek
Global Accredited Cybersecurity Education (ACE) Certification merupakan salah satu program CyberSecurity Malaysia (CSM) yang bertujuan untuk meningkatkan dan memberikan pengiktirafan profesional bagi kemahiran tenaga kerja keselamatan siber yang sesuai dengan keperluan tempatan dan antarabangsa terhadap pakar keselamatan siber. Pemohon boleh memohon pensijilan Global ACE secara atas talian yang mempunyai 4 bidang utama iaitu Pensijilan, Keahlian, Pelatih dan Perkongsian kerja.
Cabaran Projek
Borang atas talian yang digunakan tidak berfungsi dengan baik mengikut keperluan CSM. Program ini melibatkan banyak borang permohonan dan setiap satunya melibatkan proses kerja yang berlainan yang perlu disistemkan dan diautomasikan.
Penyelesaian Yang Dibangunkan
Dengan menggunakan platform BORANG, kami membangunkan laman web yang lebih kemas, memudahkan kandungan diakses pengguna dan menyediakan borang yang mudah digunakan dengan proses aliran kerja yang lebih mudah diuruskan dan sistematik.
Paparan Muka Sistem



Dengan wujudnya platform ini, pihak CSM dapat mengurus sistem keahlian dengan lebih mudah dan pantas. Kami dari pasukan BORANG ingin berkongsi kaedah menggunakan Sistem Pengurusan BORANG ini agar dapat melancarkan urusan harian agensi kerajaan. Harapan kami agar bersama kita dapat memenuhi pelaksanaan MyDIGITAL sepenuhnya sebelum 2030. Webinar boleh didaftar dipautan ini. Daftar segera.