
Sesetengah syarikat sering mengalami kesukaran dalam menguruskan penyerahan borang yang diisi oleh orang awam atau peserta. Terdapat pelbagai langkah dan peringkat kelulusan yang perlu dilalui sebelum sesuatu borang dapat diluluskan atau mendapat keputusan. Dengan sistem pengurusan BORANG, proses kerja akan lebih mudah, cepat dan teratur.

Pertama sekali, untuk melihat senarai serahan borang anda boleh klik di Serahan, kemudian pilih Serahan Saya. Di paparan itu, anda dapat lihat senarai borang yang telah diserahkan oleh pengguna.

Seterusnya, anda perlu klik di Lihat Serahan untuk melihat maklumat borang serahan tersebut. Anda juga boleh melihat tindakan yang telah dilakukan terhadap borang tersebut samada ia disemak atau diluluskan oleh siapa di bahagian Komen. Selain itu, anda boleh menyunting borang, memadamnya atau mencetak borang tersebut.

Jika anda berminat untuk tahu lebih lanjut tentang sistem pengurusan BORANG bolehlah mendaftar untuk hadir ke webinar kami. Kami akan membuat demo secara langsung menggunakan BORANG supaya anda lebih nampak betapa efektifnya sistem ini bagi membantu kelansungan proses kerja di syarikat anda.