Berita

Kerajaan Lancar Dasar 4IR Bagi Memacu Transformasi Sosioekonomi Dengan Teknologi Termaju

KUALA LUMPUR,1 JULAI – Kerajaan melancarkan Dasar Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) Negara bagi meningkatkan lagi keupayaan, kemampuan negara menguasai 4IR, dan memacu pertumbuhan ekonomi yang mampan dan berdaya saing sekaligus menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi berpacukan teknologi termaju 4IR serta pendigitalan.

Dasar tersebut digubal berpaksikan kemanusiaan supaya teknologi dimanfaatkan tanpa mengorbankan nilai kemanusiaan, sosial dan warisan budaya, selaras matlamat Wawasan Kemakmuran Bersama untuk mencapai kesejahteraan rakyat dan pertumbuhan ekonomi yang inklusif, seimbang dan teguh.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata dasar 4IR berkenaan mengandungi empat teras utama melibatkan masyarakat, perniagaan dan kerajaan di mana yang pertama, melengkapkan rakyat dengan pengetahuan dan set kemahiran berkaitan 4IR.

“Keempat-empat teras berkenaan akan menjadi panduan kepada kementerian dan agensi dalam merangka program berkaitan 4IR dan akan dilaksana berpandukan 16 strategi, 32 inisiatif nasional dan 60 inisiatif sektoral yang telah dikenal pasti.,” katanya dalam ucapan pelancaran  Dasar 4IR Negara secara maya.

Mengulas lanjut, Mustapa berkata bagi mengurangkan potensi risiko berkaitan sosial yang wujud daripada 4IR, elemen kepercayaan, inklusiviti, keselamatan siber, etika dan nilai akan diterapkan dalam semua inisiatif

Dalam  majlis tersebut juga, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin berkata kerajaan telah mengenal pasti lima teknologi teras untuk membina keupayaan tempatan iaitu kecerdasan buatan (AI), Internet of Things (IoT), blockchain dan teknologi lejar teragih (DLT), bahan termaju dan disokong oleh pengkomputeran awan (cloud computing) dan analisis data raya (BDA).

Khairy mencadangkan pendekatan ‘future by design’ diterapkan untuk meningkatkan kadar penggunaan teknologi 4IR, seperti ‘venture builder’ digunakan dengan pembangunan ekosistem yang kondusif dan inklusif merangkumi rantaian bekalan dan nilai bagi membolehkan pihak industri mencipta produk bernilai tinggi sesuai dengan keperluan pasaran tempatan  dan antarabangsa. Melalui pendekatan ‘quadruple helix’ pula, pelbagai peluang baharu yang memacu ke arah keseimbangan sosio ekonomi mampan. Dalam majlis tersebut, Khairy dab Mustapa turut menandatangani dokumen Dasar 4IR Negara.

Khairy berkata, Mosti sentiasa menyokong usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi melalui pembangunan teknologi.

Menurutnya, Dasar 4IR Negara saling melengkapi Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN 2021-2030) yang membawa agenda pemerkasaan sains, teknologi dan inovasi yang disepadukan dengan pengukuhan ekonomi di bawah konsep Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi (STIE).

“Bagi menyokong pelaksanaan DSTIN untuk mendepani cabaran Revolusi Industri 4.0, rangka kerja 10-10 MySTIE yang menyenaraikan 30 bidang keutamaan sains, teknologi dan ekonomi yang mewakili 10 pemacu sosio ekonomi diperkenalkan.

“10-10 MySTIE diformulasi bagi mengenal pasti jurang di antara hasil R&D dengan keperluan industri serta membantu dalam mengenal pasti isu di dalam pengkomersilan produk, teknologi dan perkhidmatan.

“Antara teknologi yang dihasilkan melalui inisiatif ini adalah teknologi Farm Assist Robot for Multi Operation (FARMO) yang membantu petani dalam penyemburan racun perosak serta pelaksanaan projek rintis di ladang Felda menggunakan teknologi dron dan robotik,” katanya

Katanya, kesan daripada teknologi 4IR ini sudah mula dirasai dan tidak dapat dielakkan.

Beliau juga mengatakan kesan daripada teknologi 4IR ini sudah mula dirasai dan tidak dapat dielakkan. Justeru, semua pihak baik komuniti perniagaan, sektor kerajaan dan rakyat perlu memainkan peranan serta sentiasa peka dan bersedia untuk berubah bagi memastikan Malaysia kekal berdaya saing dan dapat memanfaatkan perkembangan teknologi 4IR dan teknologi baru muncul.

Kami sebagai sebuah syarikat teknologi maklumat juga faham dan menyokong penuh dalam segala usaha Malaysia untuk menjadi sebuah negara berteknologi tinggi. Dengan pendekatan ini, kami ingin berkongsi tentang satu sistem penjanaan borang dinamik yang sangat efisien untuk digunakan dalam agensi kerajaan mahupun swasta. Kita sebagai rakyat Malaysia harus bersama berganding bahu mengambil inisiatif ini supaya dapat membantu kerajaan menjadi negara yang maju, bukan sahaja maju dari segi ekonomi malah maju dalam teknologi canggih. Sehubungan dengan itu, kami ingin menjemput anda untuk menghadiri webinar ‘Sistem Pengurusan BORANG‘ kerana kami akan berkongsi bagaimana membina perkhidmatan atas talian dengan lebih mudah, cepat dan jimat. Pendaftaran boleh dilakukan segera disini.

Kredit Gambar: Astro Awani

Related posts
Berita

Perkukuh Inisiatif Digital Kerajaan Untuk Menambah Baik Penyampaian Perkhidmatan Awam

Berita

Semua Bayaran Perkhidmatan Kerajaan Dibuat Secara Tanpa Tunai Bermula 2022

Berita

Pusat Data Serantau Microsoft Bakal Wujud 19,000 Peluang Pekerjaan

Berita

Perkhidmatan Awan Dan Keselamatan Siber Bantu Kerajaan Perluaskan Perkhidmatan Pintar

Dapatkan berita terbaru terus ke e-mel anda