Berita

Darurat 2021, Digitalkan Segera Perkhidmatan Agensi Anda

Seperti yang kita sedia maklum, menurut perutusan dari Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin mengisytiharkan darurat bermula hari ini sehingga Ogos 2021. Dengan pengisytiharan ini kebanyakan agensi kerajaan mahupun syarikat swasta perlu memandang serius di dalam membendung penularan Covid 19. Sebagai permulaan agensi akan bekerja dari rumah di mana akan mengehadkan kerja sedia ada di mana kebanyakan dilakukan secara manual serta masih menggunakan kertas sebagai medium kerja.

Tan Sri Muhyiddin Yassin juga berkata kerajaan awam akan terus berfungsi seperti biasa di peringkat persekutuan dan negeri sepanjang tempoh pelaksanaan darurat yang diisytiharkan bagi membendung pandemik COVID-19. Ini adalah peluang terbuka bagi agensi untuk berubah ke arah digital dengan meminimumkan penggunaan kertas. Seperti mana yang kita tahu baru-baru ini Mesyuarat Kabinet telah berlangsung secara digital. Langkah yang baik ini hendaklah dicontohi oleh agensi-agensi lain untuk bersama menyokong agenda pembangunan lestari sebagaimana matlamat Sustainable Development Goals (SDG).

Menurut kajian yang dilakukan syarikat perunding terbesar iaitu Accenture, kebanyakan rakyat akan memilih perkhidmatan atas talian dan mengharapkan perkhidmatan kerajaan akan dapat dilakukan di atas talian sepenuhnya pada masa akan datang. Kajian ini juga menunjukan cabaran terbesar agensi kerajaan ialah dengan memenuhi keperluan rakyat dengan mendigitalkan perkhidmatan mereka.

Kami dari pasukan BORANG mengambil pendekatan ini untuk berkongsi dengan agensi kerajaan mahupun swasta untuk bersama-sama melakukan sepenuhnya perkhidmatan atas talian bagi memudahkan keseluruhan rakyat Malaysia. Webinar kami akan berlangsung setiap hari Khamis pada setiap minggu agar kami dapat berkongsi cara membina perkhidmatan atas talian dengan lebih mudah, cepat dan jimat. Pendaftaran boleh dilakukan segera disini.

Related posts
Berita

Perkukuh Inisiatif Digital Kerajaan Untuk Menambah Baik Penyampaian Perkhidmatan Awam

Berita

Kerajaan Lancar Dasar 4IR Bagi Memacu Transformasi Sosioekonomi Dengan Teknologi Termaju

Berita

Semua Bayaran Perkhidmatan Kerajaan Dibuat Secara Tanpa Tunai Bermula 2022

Berita

Pusat Data Serantau Microsoft Bakal Wujud 19,000 Peluang Pekerjaan

Dapatkan berita terbaru terus ke e-mel anda